Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat.
Sama ada menggunakan produk kecantikan atau menggunakan produk harian ianya terpulang kepada diri anda.
Mungkin anda lebih arif mengenai pemilihan produk kecantikan yang bersesuaian dengan kulit muka, tetapi adakah anda mengetahui ada juga produk harian yang biasa anda guna setiap hari boleh membantu untuk menghilangkan jerawat?
Berikut adalah senarai cara menghilangkan jerawat tanpa menggunakan produk kecantikan.
Aspirin (Ubat Demam)
Cantik mana pun kulit seseorang remaja itu, pasti akan mengeluarkan jerawat sekali-sekala. Tips untuk anda mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh itu adalah dengan hancurkan sebiji aspirin (ubat panadol adalah disyorkan) dan lembabkan ia dengan sedikit air.
Kemudian sapu campuran tadi ke kawasan yang ditumbuhi jerawat, biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.
Ubat gigi
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat, biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda.
Ini adalah kerana ubat gigi mampu mambantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
Minyak Zaitun
Cara ini adalah cara turun temurun yang diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Dan ramai juga telah bersetuju bahawa cara ini adalah berkesan.
Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit, sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat, biarkan seketika, kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka.
Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Di Muka
Anda berasa malu dengan pandangan orang sekeliling?
Usah risau. Di sini disertakan cara menghilangkan bekas jerawat yang anda alami.
Antara petua yang dapat dikongsikan disini ialah:
- Parut jerawat baru yang kelihatan hitam dapat diatasi dengan melakukan scrub untuk menanggalkan sel kulit mati.
- Lakukan scrub seminggu 2 kali atau mengikut peraturan pemakaian dan hasilnya kulit akan kelihatan sihat dan mulus. Tapi jangan lakukan scrub ketika kulit berjerawat dan meradang kerana ini akan menyebabkan radang menjadi semakin teruk.
- Selain itu, boleh menggunakan sabun yang mengandungi glikolic acid atau AHA, untuk menanggalkan sel kulit mati.
- Agar jerawat tidak berparut hitam atau berbekas , elakkan dari memicit jerawat kerana dapat merosakkan struktur kulit.
- Ini menyebabkan parut menjadi semakin gelap dan susah untuk dihilangkan.
Jangan risau, ada lagi petua yang akan dikongsikan disini. Cuba tengok petua dibawah ini. Mungkin boleh membantu.
Petua Menghilangkan Bekas Jerawat
- Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
- Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
- Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
- Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
- Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
- Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
So, macam mana? Diharapkan petua yang dikongsikan disini dapat membantu anda walaupun sedikit.
Cara Menghilangkan Jerawat & Bekas Jerawat
No comments:
Post a Comment