Saturday, 23 August 2014

Penawar Demam Denggi


Setakat yang Emi tau, belum ada lagi penawar demam denggi secara klinikal sampai hari ni. Biasanya tips paling common yang selalu dikatakan kepada kita bila kita bertanya tentang penawar denggi adalah minum air banyak-banyak, betul tak?


Kalau pun demam denggi tu dah teruk sangat lalu kita dimasukkan ke hospital, apa yang pihak hospital akan buat adalah masukkan air ke dalam badan kita.


Disamping tu, pihak hospital akan pantaulah keadaan kita, platelet darah dan sebagainya. Macam manapun, kalau dah rasa ada simptom demam denggi, bolehlah cuba petua-petua ni sebagai penawar demam denggi.


Petua & Tips Penawar Demam Denggi


  1. Minum air masak pada kuantiti yang banyak - minum air banyak-banyak, kalau kena tahan wad pun hospital akan masukkan air juga dalam badan.

  2. Makan atau minum sup ketam –  tak kisahlah ketam nipah ke ketam laut ke, masak sup kemudian makan dan hirup kuah sup ketam tu. Nak resepi? Ni dia, resepi sup ketam.

  3. Penawar Demam Denggi

  4. Jus daun betik - dapatkan daun pokok betik yang matang. Bersihkan daun betik itu. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil jus itu. Jangan campur dengan air kerana jus itu sangat pahit. Lebih senang minum satu camca kecil daripada segelas air yang pahit.

  5. Jus buah kiwi- blend buah kiwi fresh kemudian minum jusnya.

  6. Jus kurma- blend kurma 10 hingga 20 biji besama segelas air suam. Minum setengah gelas pagi, setengah gelas petang. Minum setiap hari sehingga sembuh.

  7. Jus jambu- khasiat air jambu boleh melawan radikal bebas.

  8. Jus pegaga- blend pegaga fresh kemudian minum jusnya.

  9. Tembikai merah- makan tembikai merah banyak-banyak.

  10. Elakkan makan makanan pedas dan berminyak sebab boleh akibatkan gastrik.

  11. Elakkan menggosok gigi dengan kuat untuk mengelakkan pendarahan di bahagian gusi.

Penawar demam denggi yang paling afdhal setelah semua usaha kita buat adalah dengan kembali kepada Allah SWT. Bersangka baik dengan Allah, minta keampunan dariNya kerana sakit ini mungkin sebagai balasan atas dosa-dosa kita atau ujian Allah atas kita.


Sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Doa semoga Allah hapus dosa-dosa kita melalui kesakitan yang kita alami. Jangan tinggal solat walaupun sakit sebab solat itu adalah doa. Yang menyembuhkan pun Allah juga kan :)



Penawar Demam Denggi

No comments:

Post a Comment