Saturday, 23 August 2014

Tanda-Tanda Resdung - Adakah Anda Telah Dijangkiti?


Tanda-tanda resdung adalah berbeza-beza dari individu kepada individu yang lain. Namun begitu, ada beberapa tanda-tanda resdung tertentu yang sering muncul pada pesakit yang telah dijangkiti. Antara tanda-tanda tersebut adalah..


  • Gatal-gatal di kawasan muka - hidung, kawasan di sekitar hidung, dahi, mata, telinga, lelangit dan tekak yang teruk.

  • Hidung kerap berair walaupun tidak selsema.

  • Kerengsaan hidung, dalam tekak dan telinga.

  • Pening kepala.

  • Sakit kepala.

Tanda-tanda resdung ini muncul berulang kali terutamanya..


  • Selepas mengambil makanan laut, makanan yang diperam ( belacan, cencalok ) atau berMSG ( ajinomoto ). Terdapat juga bahan kimia pengawet yang boleh merangsang resdung.

  • Pada waktu pagi, pada cuaca terlalu sejuk ( atau keadaan berhawa dingin ) dan di tempat-tempat berhabuk.

Tanda-tanda resdung ini kemungkinan besar menandakan anda penghidap resdung


Dianggarkan 50-60% rakyat Malaysia menghadapi penyakit resdung. Malah mengikut kajian statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 25% penduduk Malaysia menghidapi penyakit resdung yang kronik.


Ini bermaksud, majoriti daripada rakyat Malaysia menghidapi penyakit ini. Banyak faktor yang boleh menyumbang terhadap penyakit ini terhadap penduduk Malaysia seperti faktor iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya.


Adakah anda salah seorang yang dihidapi oleh penyakit ini? Berikut adalah 10 tanda-tanda resdung bahawa anda telah dijangkiti penyakit resdung.


1. Hidung Berair & Tersumbat


Jika anda kerap mengalami hidung berair dan tersumbat maka berkemungkinan anda dijangkiti resdung.


Terutamanya setelah makan makanan di dalam tin, pedas, makanan laut dan beberapa jenis makanan lain yang bertindakbalas dengan kuman resdung.


2. Kerap Bersin Di Waktu Pagi


Jika anda kerap bersin apabila bangun dari tidur atau ketika mandi di awal pagi, maka anda juga berkemungkinan dijangkiti resdung. Ini kerana kuman resdung bertindakbalas dengan keadaan sekitar yang sejuk.


Biasanya anda akan bersin setelah hidung berair dan tersumbat.


3. Gatal Mata


Salah satu petanda anda terkena penyakit resdung ialah apabila mata anda mula gatal apabila keadaan sekitar yang sejuk ataupun selepas makan sesuatu yang menyebabkan tindakbalas kuman resdung.


Semakin anda garu mata anda, semakin ia gatal dan akhirnya menyebabkan mata anda kemerah-merahan.


4. Nafas & Mulut Berbau


Nafas dan mulut penghidap penyakit resdung ini kebiasaanya berbau kerana saluran pernafasan mereka tersumbat dan termendap. Gejala ini adalah tanda-tanda resdung yang paling menjengkelkan.


Apabila anda mula bercakap maka udara yang termendap itu akan mula keluar dan baunya adalah kurang menyenangkan bagi orang sekeliling.


5. Tidur Berdengkur


Tidur berdengkur biasanya dikaitkan dengan orang yang berbedan besar. Tetapi segelintir penghidap penyakit resdung akan berdengkur apabila tidur kerana saluran pernafasan pada bahagian hidung mereka tersumbat.


Ya, anda akan berdengkur walaupun anda berbadan kecil kerana resedung.


6. Hilang Deria Bau


Tanda-tanda resdung hilang deria bau boleh dikatakan agak kronik. Jika penyakit resdung anda sudah berada di tahap yang agak teruk, maka penghidap akan mengalami masalah dengan deria bau.


Anda tidak boleh mengenalpasti sesuatu bau dengan baik kerana bahagian dalam hidung anda sudah diselaputi dengan banyak sel kuman resdung.


7. Rambut Mula Ada Kelemumur


Penghidap resedung yang teruk juga akan mempunyai kelemumur yang mana ia sangat gatal apabila tengah hari terik. Walaupun anda menjalani rawatan menghilangkan kelemumur ataupun menggunakan shampoo anti-kelemumur namun ia tidak dapat dihilangkan.


8. Naik Jerawat


TandaTanda ResdungJika muka anda jerawat maka itu salah satu tanda berkemungkinan anda menghidapi penyakit resdung.


Ini kerana lendir resdung sememangnya berkumpul di bahagian bawah mata dan jika teruk maka ia akan bertindakbalas dengan kulit muka anda.


9. Sakit Kepala


Tanda-tanda resdung yang biasa dialami adalah sakit kepala. Anda juga akan mengalami sakit dan kepala secara berpanjangan oleh kerana penyakit resdung ini kerana kuman banyak berkumpul di bahagian bawah dan atas mata.


10. Bertindakbalas Dengan Makanan & Suhu Sekeliling


Salah satu petanda jelas anda menghidapi resedung apabila kesemua petanda-petanda yang saya nyatakan di atas akan muncul selepas anda mengambil makanan laut dan makanan yang diperam ( belacan, budu, cencalok atau sardin ).


Simptom di atas juga akan muncul apabila pada waktu pagi, pada cuaca yang terlalu sejuk, hawa dingin dan di tempat yang berhabuk.


Jika tanda-tanda resdung di atas ada pada anda, maka anda berkemungkinan besar menghidap resdung.


Perhatian! Resdung bahaya jika dibiarkan. Rawat segera sebelum terlambat.



Tanda-Tanda Resdung - Adakah Anda Telah Dijangkiti?

No comments:

Post a Comment