Saturday, 23 August 2014

Harga Bajet Set Kesuburan Shaklee


Alhamdulillah ramai yang telah hamil setelah menggunakan set kesuburan Shaklee. Jika anda telah berkahwin dan masih lagi belum mendapat zuriat, Emi amat mengesyorkan anda mencuba set kesuburan Shaklee sebagai satu ikhtiar.


Selepas itu, bertawakkallah kepada Allah kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.


Anak adalah penyeri rumah tangga. Namun ramai pasangan suami isteri menghadapai masalah mendapat cahaya mata.


Menurut kajian, 1 daripada 10 pasangan di Malaysia dan seluruh dunia mengalami masalah mendapat anak, yang lebih menarik, 30% daripada masalah ini disebabkan oleh suami.


8 Punca Sukar Dapat Zuriat


Ini lapan punca luaran pasangan suami isteri sukar dapat anak. Walau dah berapa banyak kali mencuba, namun dengan set kesuburan Shaklee In Sha Allah boleh diatasi..


  1. Hubungan seksual di luar waktu kesuburan

  2. Tekanan bekerja dan terlalu berharap mendapat anak

  3. Tabiat diet yang tidak sihat

  4. Kekurangan zat diperlukan badan kerana diet tak seimbang

  5. Merokok dan meminum alkohol merendahkan lagi kesuburan. Jika hamil pun, risiko keguguran dan kecacatan janin lebih tinggi

  6. Terlalu banyak bergantung pada ubat-ubatan. Contohnya ubat darah tinggi dan tekanan

  7. Kerap berada di kawasan yang tercemar

  8. Berat badan yang tidak ideal, terlebih gemuk atau sangat kurus

Set Kesuburan Shaklee


Set Kesuburan Suami Isteri ShakleeSet kesuburan Shaklee yang disarankan ini  sebenarnya bagi meningkatkan kesuburan bukan sahaja untuk isteri malahan untuk suami juga.


Bak kata orang putih, “It takes two to tango“, seorang saja tidak memadai. Anda dan pasangan anda kedua-duanya mesti subur.


Berikut adalah komponen-komponen yang terdapat di dalam set kesuburan Shaklee.


1. Zinc Complex


Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif .


Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’.


Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan dan merupakan komponen penting di dalam set kesuburan suami isteri Shaklee.


2. Vitalea


Pengambilan Vitalea Shaklee adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak faktor dan kekangan.


Uniknya, Vitalea atau multi vitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.


3. B Complex


Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.


4. Vitamin E


Vitamin E Shaklee membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium.


Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.


5. GLA Complex


GLA complex Shaklee erperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.


6. Alfalfa Complex


Alfalfa Shaklee ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.


Tips Meningkatkan Kesuburan


  • Jangan sesekali tinggal solat kerana solat adalah tanda kita sebagai hamba bersyukur

  • Doa dengan bersungguh-sungguh

  • Berusaha untuk menurunkan berat badan

  • Bersenam selama 30 minit setiap hari

  • Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik

  • Tenangkan jiwa dan emosi

  • Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya

Akhir sekali, harus disematkan dalam ingatan kita sebagai seorang muslim, zuriat ini adalah anugerah dan rezeki dari Allah SWT. Kita sebagai manusia yang lemah perlu terus berusaha tanpa jemu.


Kemudian, berdoa dan bertawakal kepadaNya agar penantian kita untuk memperolehi zuriat diperkenankan oleh Allah yang Maha Berkuasa, In Sha Allah.


 



Harga Bajet Set Kesuburan Shaklee

No comments:

Post a Comment