Bengkak susu adalah jangkitan tisu payudara yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan pada payudara atau secara perubatannya lebih dikenali sebagai Mastitis.
Bengkak susu kerap terjadi pada wanita yang sedang menyusukan bayi, tetapi jarang-jarang ia berlaku juga kepada wanita yang tidak menyusu.
Mastitis biasanya berlaku dalam beberapa minggu pertama selepas penyusuan ibu bermula dan kerap terjadi pada salah satu payudara sahaja.
Walau bagaimanapun ia boleh juga berlaku pada kedua-dua belah payudara.
Sesetengah ibu menjadi keliru dan ada yang memberhentikan terus penyusuan susu ibu disebabkan kesakitan yang ketara atau kerisauan akan memberi kesan negatif kepada bayi.
Walau bagaimanapun penyusuan sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada bayi.
10 Petua Hilangkan Bengkak Susu
1. Bra sokongan. Pastikan kita mengenakan bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat.
2. Susukan bayi dengan kerap, selang 2 – 3 jam sekali. Kalau baby tidur, tidak salah untuk mengejutkan bayi agar menyusu. Ya, memang macam kepenatan pada waktu malam untuk bangun menyusu, tetapi ia lebih baik daripada terjadinya bengkak susu.
Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara (mulakan dengan sebelah – hisap hingga habis, dan beralihlah ke sebelah lagi). Untuk penyusuan berikutnya, mulakan dengan penyusuan pada sebelah yang terakhir.
3. Jika bengkak, mungkin bayi agak susah untuk menyusu dengan betul, lekapan pada areola mungkin sukar, jadi cuba perah dengan tangan / pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul.
4. Boleh juga menggunakan tuala yang di tuam dengan air panas. Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada atau boleh juga mandi air suam.
5. Ketika baby tengah menyusu, apa kata kalau kita urut payu dara yang di hisap baby tadi perlahan-lahan, ianya akan membantu pengeluaran susu, ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri.
6. Jika payu dara terlalu penuh, apa kata pam ia secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga ia mula membengkak, bagus juga menyepam ni, boleh tambahkan stok susu kita.
Susu yang berlebihan, tidak memudaratkan jika kita pam ia keluar malah ia akan menyihatkan kita.
Penting untuk kita tahu, penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika ibu mengepam lebih daripada keperluan bayi, atau juga ibu bekerja.
Jadi sebab itu baik untuk kita sediakan jadual mengepam yang konsisten.
7. Gunakan sikat. Ya sikat rambut..hehehe.. Betul ni, bukan lawak tau! Sikat perlahan-lahan payu dara kita dari arah atas hingga ke puting, berulang-ulang. In Sha Allah, aliran susu kita akan lancar semula.
8. Daun kubis pun boleh membantu. Ambik kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak tu, daun kubis ni bagus kerana ia agak sejuk.
Tetapi cara ini buat sekali sekala sahaja kerana kubis tidak bagus digunakan untuk setiap kali bengkak susu. Ia boleh sebabkan SUSU kita menjadi KERING.
9. Ambil cuka makan dan campurkan dalam mangkuk. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Sapu sekeliling sahaja ye, hindarkan dari terkena puting. Sapu setiap kali bengkak hingga ia sembuh.
10. Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu. Banyak khasiat daun sirih ni, ambil daun sirih, sapukan minyak zaitun dan layur pada permukaan panas, macam kita layurkan daun pisang tu.
Apabila daun tersebut sudah suam-suam panas, tekuplah pada payu dara yang membengkak. Ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.
Petua Hilangkan Bengkak Susu
No comments:
Post a Comment