ARTIKEL BERKAITAN
Simptom demam denggi adalah spesifik dan mudah dikesan. Ia sangat identikal dan boleh dikesan oleh sesiapa sahaja.
Pencegahan awal sangat penting, jika anda mengenali simptom-simptom demam denggi anda boleh mencegahnya dari menjadi serius.
Demam denggi berpunca daripada penyebaran virus denggi oleh nyamuk Aedes betina. Ia kemudiannya merebak melalui gigitan nyamuk Aedes individu yang telah dijangkiti virus denggi kepada individu lain yang sihat.
Kebelakangan ini, saya nampak kempen kesedaran mengenai demam denggi semakin aktif. Antaranya kita boleh dilihat melalui iklan-iklan di TV dan suratkhabar. Sebelum ini, ada juga kempen-kempen dijalankan di internet dan media sosial.
Saya percaya jika strategi penghebahan simptom demam denggi yang digunakan dapat dihayati masyarakat, ia pasti mendapat tindakbalas yang positif.
Berikut Adalah 9 Simptom Demam Denggi Yang Perlu Anda Tahu
- Cirit-birit
- Demam secara mengejut
- Loya dan muntah-muntah
- Ruam dan gatal-gatal
- Sakit belakang biji mata
- Sakit kepala yang teruk
- Sakit otot dan sendi yang teruk
- Sakit perut
- Sakit pinggang yang teruk (demam tulang pecah)
Simptom demam denggi yang turut menjangkiti bayi atau pun kanak–kanak yang masih kecil iaitu seperti demam, batuk, hidung berair dan ruam kulit.
Ibu bapa hendaklah memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka berada dalam keadaan sihat sebagai langkah mencegah demam denggi yang amat mudah menular dikalangan kanak-kanak yang lebih kecil.
Selain itu, kanak-kanak yang berusia lebih besar turut mengalami simptom demam denggi sama seperti yang dihidapi oleh golongan dewasa iaitu seperti demam panas, sakit kepala, ruam kulit bertompok merah dan putih serta sakit di bahagian mata belakang dan juga sendi.
Antara simptom lain ialah mereka akan mengalami kurang selera makan, merasa loya, muntah, rasa lemah dan gatal di tapak kaki. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk mengetahui simptom tanda-tanda demam denggi untuk memastikan diri sentiasa terjamin dari semasa ke semasa.
Tanda-tanda di atas biasanya akan dirasai sekitar 5 atau 6 hari selepas terkena gigitan. Sekiranya mengalami mana-mana tanda di atas, segeralah berjumpa doktor.
Selain itu, banyakkan minum air masak atau air mineral.
Simptom Demam Denggi Yang Perlu Anda Tahu
No comments:
Post a Comment